Bismillah..
Assalamualaikum,.
Auni's Corner dirasmikan pada hari ini kerana setelah sekian lama menunggu ruang untuk sikecil saya dilahirkan. Nama juga sempena namanya Auni Batrisyia. Saya selaku admin dan mama kepada Auni sangat bersyukur kerana sentiasa diberi ruang dan kesempatan atas rahmatNya untuk sentiasa berusaha kearah kehidupan yang lebih baik. Melihatkan kehidupan sekarang sangat mencabar dan penuh dugaan.Auni yang selamat dilahirkan secara normal pada 01 Oktober 2014. Iya,.arini usianya telah mencapai 1 bulan 28 hari. Keseronokannya tidak boleh digambar dengan kata-kata. Hanya Allah Maha Mengetahui akan apa yang saya dan ibu2 yang lain alami.Pada hemah saya, selesai bersalin dapat anak dengan mudah saya boleh menjaganya. Namun tidak semudah itu, dia yang masih kecil dan tidak mengetahui apa-apa perlu di pantau dan dijaga dengan penuh kasih sayang. Pernah beberapa kali Auni tersedak susu sehinggakan saya trauma sehingga harini.Tekanan semakin menebal apabila cuti bersalin semakin habis. Perit untuk dibayangkan sikecil akan ditinggalkan kerana apabila dia bangun saya akan uruskan semuanya sendirian walau masi sebumbung dengan keluarga sendiri tetapi saya tidak pernah mengharapkan bantuan apa-apa. Atas rahmat dan kurniaNya juga,..Auni adalah anak pertama dan juga cucu pertama dalam keluarga kami. Saya juga anak pertama yang berkahwin meski ada akak sulung dalam keluarga kami. Diusia yang sepatutnya anak sudah sekolah saya baharu ja berkahwin pada November 2013, dikurniakan Cahaya Emas Oktober 2014 merupakan detik terindah dalam hidup saya.Pada usia 33 tahun saya berjaya mendapat seorang anak.Alhamdulillah..aminn..
Bagi pembaca blogger yang belum mempunyai jodoh atau anak janganlah kamu pernah berputus asa kerana pada asalnya saya juga tidak mempunyai bakal jodoh yang diimpikan. Walau saya seorang wanita niat untuk berjodoh memang akan saya teruskan kerana Allah Maha Mengetahui apa yang hambaNya kehendaki. Saya yang berasal dari negeri dibawah bayu boleh berjumpa jodoh dengan orang Johor. Panjang ceritanya macamana nak dapat jodoh ni tetapi tekadkan hati yang kita memang ada jodoh..Jangan putus asa..Nak tahu dimana saya berjumpa jodoh.?? siapa pelanggan telepon mudah alih..mesti semua adakan?..pernah terima sms mencari kawan..ah!!..itula tu..saya memang berniat nak cari jodoh yang boleh dipercayai.Alhamdulillah..See..sekarang da berumahtangga..Tidak lupa juga diberi peringatan kepada semua wanita..yang masih dan sedang menanti cahayamata juga mesti yakin..dan berusaha..persiapan untuk mendapat cahaya mata bukanla semasa selepas kita bersalin tetapi saat kita dari remaja lagi..macamna?..sentiasala menjaga kitaran haid dan dalaman wanita..minda yang kuat..dan yang penting jaga kesihatan dan pemakanan. Saya pernah mengalami situasi belum mempunyai teman lelaki untuk berjodoh..tetapi saya sentiasa dan tidak akan berputus asa...sebab 'Janji Allah itu pasti'..selepas solat tu tekad kan doa untuk dikurniakan jodoh dan cahaymata..jangan malu meminya dariNya..Dia Pemurah lagi Memberi..
upss...membebel ke laut pula..hihi..xpa..hidup ni kena kongsi yang baik2 sebab berkongsi itu adalah ilmu..apa yang terlebih tu memang kehendakNya..yang terkurang memang dari diri saya yang kurang arif lagi..
Apapun salam kenalan dari Auni's Corner yang boleh berkongsi suka duka dan bolehla melihat2 barangan yang disukai ramai..Sambil membeli belah di Auni's Corner saya dengan sukacitanya akan menyumbangkan belian tersebut kepada Insan yang memerlukan samada secara terus kepada Keluarga Insan tersebut atau badan yang berkaitan.Sesungguhnya sumbangan kecil itu dapat membantu Insan yang memerlukan.
Oleh itu, setakat ini dahulu..akan diupload semua barang-barang yang boleh dibeli di Auni's Corner ini..bagi yang ingin meningkatkan dan membantu diri boleh juga bersama-sama saya berniaga. Ini disebabkan ejen diperlukan disatu tempat yang lain.
Salam Ukwah dari saya,
Suri - Mama Auni-
28 Nov 2014