Monday, 9 November 2015

CANTIK DAN KEKAL MUDA

Assalamualaikum semuanya,

Badan letih-letih setelah seharian bekerja diluar dan balik rumah juga sambung buat keja lagi?
Penat?..memang sangat terasa..Tekanan?ermm..Sekarang putaran masa sangat laju sehingga tak tekejar kita. Zaman sekarang zaman yang dimana orang sangat mengejar kerjaya kerana keadaan ekonomi negara yang semakin maju.

Keadaan ini membuatkan badan kita cepat letih dan mudah mendapat penyakit kerana kurangnya aktiviti riadah dan makanan segera yang diambil. Bukan itu sahaja, malah pesakit dihospital kini semakin meningkat walaupun banyak aktiviti kesedaran dijalankan namun kita kurang peka untuk menjaga kesihatan akibat rehat yang kurang cukup.

Bukan itu sahaja, malah sedar atau tidak usia kita juga semakin meningkat. Paling nyata sekali apabila muncul bintik-bintik hitam pada wajah. Kulit juga semakin menampakkan kendur dan garis-garis halus semakin jelas. Siapa kata wajah kita tidak boleh kekal muda. InsyaAllah memang boleh.

Cara-cara kita menjaga kulit agar kelihatan sentiasa muda ialah:

1.  Senyum. Senyumlah selalu kerana senyum itu satu sedekah dan ketika menaip ini juga saya tersenyum bagi memperlihatkan kemudaan saya.

2. Minum air secukupnya. Tahukah anda dengan mengambil air putih sebanyak 8 gelas sehari boleh membantu membuang toksin dalam badan dan sel ketuaan tersebut akan terhakis bersama.

3. Mengambil pemakanan yang seimbang. Gaya hidup masa kini sangat mengejar masa seolah-olah kerja merupakan satu faktor penting sehingga masa tidak mencukupi untuk seseorang itu menepati jadual makan dan mengambil makanan yang berkhasiat.

4. Sentiasa berdoa akan kesejahteraan hidup..

5. Mengambil suplemen tambahan untuk memastikan tubuh kita menerima vitamin yang secukupnya.

Amalan sehari-harian kita..InshaAllah..


No comments:

Copyright to AUNI'S CORNER
Designed by UMIESUEstudio 2016